Pasangan terkenal antarabangsa Gigi Hadid dan Zayn Malik mengumumkan nama anak perempuan mereka sebagai Khai yang kini berusia empat bulan.

Menerusi laman sosial Instagram, Gigi menulis nama anaknya itu pada halaman biodata yang tertera sebagai ‘Khai’s mom’.



Masih belum mengumumkan nama penuh anak mereka, para peminat membuat spekulasi nama Khai itu diambil bersempena nama nenek Gigi, Khairiah Hadid.

Tahun lalu, Gigi melahirkan anak perempuannya pada tanggal 23 September.

“Bayi perempuan kami selamat dilahirkan, sihat dan cantik. Sukar untuk ungkapkan perasaan saya dengan kata-kata ketika ini.

"Rasa kasih pada insan kecil ini sukar saya fahami. Bangga dapat mengenalinya, memilikinya dan bersyukur dengan kehidupan yang akan kami lalui bersama," tulis Zayn sewaktu memperkenalkan anaknya di laman Twitter.

Namun pasangan ini masih belum mendedahkan wajah puteri sulung mereka buat tatapan umum.

Sekadar info, pasangan ini mula menjalin hubungan sekitar tahun 2015 dan berpisah seketika pada tahun 2018 sebelum kembali bersama pada awal 2020.