HIBURAN
Gigi Jadi Tumpuan, Aimee Lou Wood Tidak Suka: “Ia Buat Saya Sedih…”
Bintang siri hit White Lotus, Aimee Lou Wood mengaku sedih kerana khalayak lebih tertarik untuk berbicara mengenai bentuk giginya yang unik berbanding hasil lakonan dalam karya yang dibintanginya.
Luahan itu dibuat sewaktu temu bual yang dibuat bersama British GQ. Kepada media tersebut, Wood mengatakan ‘perbincangan’ hangat tentang bentuk giginya membuat dia berasa seperti canggung dan ‘tidak siap’.
“Saya harus katakan saya gembira jika ia (bentuk giginya) disedari tetapi setiap perkara ada batasan.
“Semua percakapan atau bicara hanya mengenai gigi saya. Ini membuat saya sedikit sedih kerana saya tidak dapat bercakap mengenai kerja saya,” luahnya dalam temubual tersebut.
Wood, 31, kemudian mengatakan adakah pelakon lelaki akan diberi tumpuan sedemikian sekiranya mempunyai penampilan ‘unik’ sepertinya.
“Saya tak pasti jika penampilan pelakon lelaki juga akan dibincangkan dengan hangat seperti saya,” katanya yang juga cukup terkenal menerusi drama siri Sex Education.
Must-Watch Video