Aktres dan pengacara Mira Filzah, 27, mendedahkan dia pernah memakai pendakap gigi (braces) sebanyak dua kali ketika zaman persekolahan.

Menurut Mira, disebabkan tidak konsiste dan berdisiplin, giginya mula bergerak semula.

"OMG OMG hahaha ya. Dua kali! Pertama kali pakai braces masa emm tingkatan empat atau lima macam tu.

"Tapi malas pakai retainer. Kemudian gigi gerak balik," kongsinya di Instagram Stories ketika menjawab Ask me a question.



Tambah pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu, dia sudah menghabiskan duit berjumlah RM12,500 untuk aligners bahagian gigi bawah.

"Selepas tiga atau empat tahun, pakai aligners dekat gigi bawah sahaja, yang berjumlah RM12,500 tapi malas pakai, apa pun tak jadi.

"Susah ya pakai ni, awak kena buka setiap kali nak makan. Nak sip kopi pun kena buka. Tidur pun kena pakai. Eeee.

"Gigi gerak balik. Pakai retainer adalah komitmen hidup. Gigi Mira senang gerak balik. Jadi emm malas dah. Itulah kisahnya. Mengalah dah," kongsinya lagi.