Gigih Berpanas Hujan Demi Nak Naik Luge, Netizen Puji Semangat Rakyat Malaysia!

Gempak
Disember 28, 2023 12:55 MYT
Tempat hiburan yang baru dibuka di Rawang, Skyline Luge baru-baru ini dipenuhi pengunjung walaupun hari hujan.
Menerusi satu perkongsian video di Platform X, dapat dilihat pengunjung meneruskan aktiviti seperti biasa walaupun cuaca dalam keadaan yang tidak mengizinkan.

Baik tidur lagi best. pic.twitter.com/AZchX3iver

— keem (@AkeemSharyzal) December 26, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkara itu meraih perhatian netizen, di mana rata-ratanya kagum dengan kegigihan rakyat Malaysia yang sanggup bertahan dalam hujan demi berseronok.

BERITA TRENDING: #TRAVELMANA: Cuti Krismas Tak Tahu Pergi Mana? Rasai Pengalaman Menaiki Luge Bersama Keluarga Di…

Antara komen yang diterima:
"Aku kadang-kadang kagum dengan kegigihan rakyat Malaysia,"
"Orang Malaysia punya semangat ni lain macam,"
"Sanggup berhujan untuk berseronok di taman hiburan ni."
Sekadar info, Skyline Luge telah dibuka untuk orang ramai pada 9 Disember lalu dan tiket dijual bermula daripada harga RM20.
Sumber: Platform X
#Viral #Hujan #Skyline Luge