HIBURAN
Gigih Cari Salah Orang, Intan Najuwa Tempelak Netizen - “Gambar Kita Tapi Dia Yang…”
Pelakon, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pihak yang gemar mencari kesalahan orang lain, khususnya apabila melibatkan penampilan di media sosial.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menegur individu yang terlalu memberi fokus terhadap perkara remeh seperti penggunaan filter atau suntingan gambar.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menegur individu yang terlalu memberi fokus terhadap perkara remeh seperti penggunaan filter atau suntingan gambar.
‘Nak edit muka jadi bujur ke, 3 segi ke, macam alien ke, filter 10 inci ke, suka hati la janji kita tak kacau orang.
“Gigih siap ada yang zoom, cari satu-satu salah. Korang ni memang betul-betul tak ada kerja dalam hidup, gambar kita tapi dia yang tersakiti lebih. We all want to look good in photos they’re the moments that stay forever as memories,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan pelakon itu dan menganggap tindakan segelintir individu yang sibuk mencari kesalahan orang lain sebagai sia-sia.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Betol. Dia nak edit muka laki dia jadi artis korea pon biarlah. Laki dia. Bukan Intan ni rembat laki orang pon.. ehhh tiber.
“Yess, padahal banyak je yang edit gambar jugaa. Let them be and enjoy your trip.
“They wanna be u but they can't. So they find fault, hate, mistake etc…
“korang kat malaysia sibuk cari dia edit muka la filter la dia kat sana makan shopping travel kat london.
“Entahla manusia ni ek, banyak masa la nk kondem orang. Mungkin life dia terlalu sadiss tu datin.
“Takde keje camtulahhhh… mata tengok macam mata lalat, tu yang sebok terbang sana sini cari bau busuk. Ooopps!,” komen netizen