VIRAL
Gigihnya! Main Kriket Pakai Baju Pengantin?
Atlet sukan kriket kelahiran Bangladesh, Sanjida Islam mencuri tumpuan apabila fotonya memakai baju pengantin lengkap aksesori sedang bermain kriket di tengah-tengah padang.
Sanjida yang berkahwin dengan rakan atletnya, Mim Mosaddeak merakamkan foto berkenaan sempena pra-perkahwinan mereka baru-baru ini.
Dalam gambar-gambar yang tular di Internet, Sanjida, 24, dilihat memakai pakaian pengantin India berwarna jingga dan hijau dengan melakukan beberapa gaya memukul bola kriket.
Malah, aksesori yang digayakan Sanjida juga lengkap dari kepala, leher, pinggang hingga kaki.
Gambar yang tular itu mendapat perhatian ramai apabila seorang wanita yang berpakaian pengantin bermain kriket di tengah padang. Gigih!
"Tak pernah tengok wanita main kriket memakai sari," tulis netizen.
"Sangat memberikan inspirasi, ini mencerminkan identitinya," tambah pengguna lain.
Menerusi akaun Instagramnya pula, Sanjida berkongsi perasaannya menjayakan sesi penggambaran pra-perkahwinan tersebut.
"Huloud special," tulisnya ringkas. Huloud merupakan acara pra-perkahwinan yang diraikan bersama kedua-dua belah keluarga pengantin.
Dalam acara tersebut, bakal pengantin wanita akan tampil ekstra seperti memakai sari lengkap dengan perhiasan emas seperti hari persandingan.
Must-Watch Video