Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Gaya Hidup

Gila! Buat Tutorial Make Up Pada Ular, Individu Ini Dikecam Netizen

Azwa Rahman 01/07/2019 | 10:49 MYT
Seorang invididu yang berkongsi video tutorial solekan pada seekor anak ular telah menerima kritikan hebat netizen.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @shafieqashmsdn_ berkongsi video tersebut nenunjukkan individu terbabit sedang meletakkan bedak asas pada bahagian bawah ular tersebut.
“Dah kenapa nak letak foundation dekat ular sian ular tu," tulis pengguna itu di entri terbabit.
Video yang dirakam secara langsung itu dikritik netizen kerana menguji bahan solekan pada ular dan boleh membahayakan haiwan tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"@sunfloweraidil: This is so stupid. It shows so much how malaysians disrespect animals & have little to no knowledge on wildlife needs + behaviour. Please report this jamu apatah acc. They should be ashamed that this person represents their products. I believe this is only to garner attention."
"@lotipot: I'll report this as animal abuse."
"@smookielya: OMG bodohnya promote product. Animal abuse! Kalau foundation dia bagi effect kat ular tu macam mana? Kesian ular tu."
"@syzwfia: Report her! Sekarang ular next week dia tepek kat cheetah pulak. Ayuh selamatkan haiwan kita! WTH girl!"
Rata-rata netizen mengutuk tindakan wanita tersebut dan ramai juga yang melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Perhilitan.
Video itu sehingga artikel ini ditulis telah menerima 300,000 tontonan dan hampir 6,000 retweet.
#Solekan #Haiwan #Penderaan
;