Pepatah selalu mengatakan, muzik meski disampaikan dalam bahasa yang tidak difahami, tapi selalu menyatukan penggemar di dunia.
Begitu juga bukan sebuah ‘dosa’ saat kugiran hebat tanah air bergabung dengan pemuzik dari seberang.
Bahasanya mungkin sedikit berbeza, tetapi muzik bersifat nusantara dan serumpun bukan sahaja membuat dua kugiran dari Malaysia dan Indonesia ini bersatu, namun bakal menghimpunkan rantaian peminat yang menjadi tulang belakang mereka.
Untuk itu dengan bangganya, Kugiran Masdo Empire (KME) sebagai peneraju menganjurkan konsert julung kali yang menggabungkan ‘kolaborasi pecah’ antara Kugiran Masdo dan The Changcuters.
Diberi nama Kugiran Masdo x The Changcuters, kolaborasi persembahan dua kumpulan yang berkongsi peminat dari dua negara ini dijadual berlangsung pada 29 Disember 2022, bertempat di Zepp KL. Konsert ini juga mendapat kerjasama dari Homebois, HWlab dan Flavaco.
“Sebagai penganjur KME mahu membawakan sebuah hiburan yang bersifat nusantara dan sangat berbesar hati kerana dapat menyatukan Masdo bersama The Changcuters.
“Ini melambangkan muzik tempatan atau dari negara jiran tidak ada beza jika kita saling menghargai, menyokong dan menghormati.
“Dengan dua genre muzik yang ‘gila gilaan’, disokong peminat yang sangat menjadi tulang belakang kelangsungan perjuangan kami, KME percaya Kugiran Masdo x The Changcuters di Zepp KL kelak akan mendapat sambutan.
“Apalagi pemilihan tanggal 29 Disember sebagai sebuah signifikan penutup tahun 2022 yang sudah melihat industri seni kembali semarak dan kami berharap kehadiran 2023 akan memberi lebih banyak rezeki serta kesempatan baik untuk seluruh industri terutama muzik,” ujar wakil penganjur KME iaitu saudara Azanol atau lebih dikenali sebagai Putu Ceri.
Sementara itu, The Changcuters juga melahirkan keterujaan kembali ke Malaysia setelah sekian lama tidak membuat persembahan di hadapan peminat mereka di sini terutamanya buat Changcut Rangers.
“Tentu sekali lamaran yang diberi tidak akan disia siakan. Kugiran Masdo adalah sebuah ‘maniac’ di Indonesia dan The Changcuters sangat berbesar hati untuk berkongsi panggung dengan mereka.
“Kami akan pastikan malam Kugiran Masdo X The Changcuters adalah momen tak terlupakan buat semua penggemar kami,” ujar The Changcuters.
Kugiran Masdo yang cukup terkenal dengan hit Bunga dan Dinda telah berada dalam persada seni tempatan sejak 2015. Untaian karya mereka yang bersadurkan irama 60-an kemudian menjadi kegilaan di Indonesia dan membuat Kugiran Masdo sebagai pemuzik ‘wajib’ dalam kebanyakan festival yang diadakan di serata republik tersebut.
The dr pula cukup terkenal dengan muzik garage rock sudah menakluk belantika muzik Indonesia seawal tahun 2006 menerusi lagu seperti Rachun Dunia dan I Love You Bibeh.
Tiket bermula harga RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box) sudah mula dijual melalui https://tapau.asia/ticket. Dapatkan sebelum terlewat!
INFOMASI KONSERT
Tarikh : 29 Disember 2022
Lokasi : Zepp Kuala Lumpur
Masa : 8.30 malam
Harga tiket : RM159 (Minami), RM179 (Berchanda), RM199 (Gila Gilaan), RM249 (Amore) dan RM799 (VIP Box)
Laman web tiket: https://tapau.asia/ticket
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Amri Hassan
Tue Nov 15 2022
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Lambat Bertindak Sehingga Kanser Melarat, Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Dengan Servis Hospital - “Kanser Mesti Pantas, Masa Itu Emas”
“Mencegah lebih baik daripada merawat,” itulah ungkapan yang sesuai digunakan dalam usaha mengelakkan sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk. Akan tetapi, pencegahan selalunya dipandang remeh oleh ramai pihak sehingga kadang kala melibatkan nyawa yang boleh diselamatkan. Itulah keadaan yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang difaham
Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Sempat Digosipkan Gay, Aktor Bright Vachirawit Bercinta Dengan Nene Pornnapan?
‘Berita terkini’ mengenai hubungan asmara Bright Vachirawit ini mungkin melegakan hati banyak peminat wanita.
Jumpa Tangkal Dalam Kereta, Netizen Persoal Motif Perbuatan Sihir - "Kenapa Tak Buat Dekat Israel Ke?
Ketika teknologi semakin maju dengan kecerdasan buatan (AI) serta cabang sains dalam kehidupan, masih ada segelintir terus mengamalkan sihir dan ilmu hitam. Berikutlah yang boleh dilihat dalam satu perkongsian di media sosial oleh seorang individu yang mendakwa dirinya terkena 'buatan' orang. Menerusi klip video pendek berdurasi 12 saat, individ
DFP Seni Festival 2024 Tampilkan Muzik Orkestra Cina, Teater Mek Mulung & Randai
DFP Seni Festival 2024 akan berlangsung dari Julai hingga September 2024.
Sudah Beri Komitmen Awal, Apa Punca Naim Daniel Tarik Diri Dari The Hardest Singing Show?
Penyanyi, Naim Daniel enggan mengulas lanjut mengenai isu penarikan diri saat akhir daripada rancangan realiti terbaharu terbitan Astro, The Hardest Singing Show.
“Saya Masih Terkejut Dapat Emel Naim Daniel Tarik Diri” - Ketua Saluran Astro Ria
Naim Daniel tarik diri...
“Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza
Kalau ada rezeki, ada.
Pengikut Bertambah Lebih 40,000, Kekasih Gelap Aliff Aziz & Bella Astillah Saling ‘Follow’ Di IG
Kontroversi melibatkan Aliff Aziz dan Sarah Yasmine terus menjadi topik hangat dalam media sosial selepas wanita itu membuat pendedahan mengaku kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.