Gila Juara AJL 35

Zulaikha Yusof
Mac 14, 2021 16:10 MYT
Lagu Gila ciptaan dari Noki, Loca B serta Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Kaka Azraff, Noki dan Loca B diangkat sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu 35 (AJL 35) yang berlangsung di MBSA Shah Alam, sebentar tadi.
Lagu Semalam nyanyian Aina Abdul berjaya mengungguli tempat naib juara manakala Belenggu Rindu nyanyian Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah berada di tempat ketiga.
Ernie Zakri berjaya merangkul trofi Vokal Terbaik menerusi lagu Gundah.
AJL35 dihoskan oleh Awal Ashaari, Sherry Alhadah dan Haziq Hussni bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala Lounge AJL35 yang berlangsung sebelum AJL35 diacarakan oleh Sissy Imann dan Muaz Mohamed.
Berikut merupakan keputusan penuh AJL35:
Juara: Kaka Azraff, Noki dan Loca B - Gila
Hadiah: Wang Tunai berjumlah RM50,000 bersama trofi
Naib Juara: Aina Abdul - Semalam
Hadiah: Wang Tunai berjumlah RM35,000 bersama trofi
Ketiga: Wany Hasrita dan Datuk Jamal Abdillah - Belenggu Rindu
Hadiah: Wang Tunai berjumlah RM20,000 bersama trofi
Vokal Terbaik: Ernie Zakri - Gundah
Hadiah: Wang Tunai berjumlah RM12,000 bersama trofi
Persembahan Terbaik: Zizi Kirana -Eh
Hadiah: Wang Tunai berjumlah RM 12,000 bersama trofi
#Juara #Pemenang #Naib Juara #AJL35 #Tempat Ketiga