Gila! Sumbat Boba Dalam Lubang Hidung Jadi Kegilaan Remaja Di Jepun
Azwa Rahman
28/08/2019 10:37 MYT
28/08/2019 10:37 MYT
Selepas rambut warna milk tea dan meletakkan boba dalam pelbagai jenis makanan menjadi kegilaan remaja, satu lagi trend terbaru tular di laman sosial.
Netizen di Jepun baru-baru ini terjebak dengan satu cabaran internet luar biasa di mana mereka memasukkan jeli boba ke dalam lubang hidung.
Dikenali dengan nama cabaran ‘Boba Nostrils’, apa yang mereka lakukan adalah memastikan jeli boba tersebut disumbat dengan rapat agar ia tidak terjatuh.
Baik remja lelaki atau perempuan, mereka akan mengambil foto selfie dengan jeli boba di dalam lubang hidung mereka dan berkongsi foto lucu tersebut di laman sosial masing-masing.
Di laman sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi pada cabaran terbaru ini.
Ada yang merasa terhibur apabila melihat foto lubang hidung menjadi bulat hitam berisi jeli boba.
Malah, ada juga yang kurang senang dan menyifatkan cabaran ini sebagai satu tindakan yang pengotor.
Namun, cabaran ini turut mendapat perhatian pengamal perubatan yang menyatakan cabaran ini bahaya kerana boleh menyebabkan masalah pernafasan.