Laman Utama
Giliran Adik Lelaki Neelofa Masuk Dunia Peragaan, Netizen Puji Wajah Kacak Faliq Khan
Adik lelaki bongsu kepada Neelofa, Faliq Khan mencuri perhatian wargamaya apabila menyertai dunia peragaan bersama jenama mewah Dior.
Menerusi laman sosial Instagram, Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, dia berkongsi foto bersama adiknya ketika sama-sama memperagakan jenama tersebut.
“Bangga dengan adik lelaki saya kerana melakukan ini bersama saya. Kepada lebih banyak projek bersama,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Faliq dan Ameera bergandingan bagi memperagakan beg tangan daripada koleksi terbaru jenama Dior di hadapan pintu gerbang pusat beli belah Pavilion.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat penampilan sulung Faliq sebagai model di samping kakaknya.
Malah, ada yang turut memuji wajah kacak Faliq dan mahukan
“Omg Faliq, too cute!” puji seorang wargamaya.
“Boleh saya jadi adik ipar awak?” tanya seorang wargamaya
“Habislah kalau Faliq pun dah terjebak dalam modelling,” usik seseorang wargamaya.
“Yarabbi Faliq,” komen seorang wargamaya.
“Faliq dah patut start jadi model lelaki untuk selamanya,” cadang seorang wargamaya.
“Aww, dua dua ni bergandingan modelling bersama,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada warga Instagram.
Must-Watch Video