Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Giliran Anak Tom Cruise, Suri ‘Buang’ Nama Bapa, Hanya Dikaitkan Dengan Katie Holmes

Maliah Surip
25/06/2024 18:50 MYT
Selepas tiga orang anak Brad Pitt ‘membuang’ namanya dalam pengenalan baharu mereka, kini nasib yang sama berlaku kepada salah seorang pesohor seni dunia, Tom Cruise.

Anak tunggal hasil perkahwinan bersama aktres, Katie Holmes kini tidak lagi dikenali sebagai Suri Cruise.

Sebaliknya, Suri mahu dikenali sebagai Suri Noelle. Noelle adalah nama tengah ibunya, Holmes.

Suri malah menggunakan identiti baharu itu sewaktu meraikan hari graduasi di Sekolag Tinggi LaGuardia, New York baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Tom Cruise Tak Tahu Boleh Tonton P*rno Di Internet

BERITA TRENDING: Tom Cruise Berminat, Begini Respon Shakira Mengenai Gosip Cinta Mereka

Gadis berusia 18 tahun itu juga dilihat meraikan hari bersejarah tersebut bersama Holmes tanpa kehadiran Cruise yang dilihat menjadi salah seorang penonton konsert Taylor Swift di London, lapor LA Times.

Sebelum ini Cruise dituduh mengabaikan Suri yang lahir pada 2006 sehingga gadis tersebut berjauh hati dengannya. Cruise bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dengan menyaman media yang melaporkan berita tersebut kerana disifatkan sebagai satu fitnah.

BERITA TRENDING: Tak Hadir Oscar, Tom Cruise Pilih Raikan Ulang Tahun Sahabat

Selain Suri, Cruise memiliki dua orang anak angkat iaitu Bella, 31, dan Connor, 29, yang diambil sewaktu masih berkahwin dengan aktres Nicole Kidman.

BERITA TRENDING: Tom Cruise Pilih Luar Angkasa Jadi Lokasi Penggambaran, Bakal Naik Roket

#Anak #Hollywood #Tom Cruise #Bapa #NAMA #Buang #Katie Holmes #Suri