Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Giliran Emma Maembong Pula Kongsi Gambar Intim Dengan Suami - “Anak Ikut Bapak Ya Kuat Gigit”

Izwan Isa 29/09/2022 | 03:50 MYT
Sebelum ini, pernah viral rakaman video anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel yang dilihat menggigit ibu saudara, Cacha Maembong.
Menerusi video yang dirakam pada Hari Raya Aidilfitri itu, Shariq dilihat menggigit tangan Cacha yang pada waktu itu sedang bermaafan dengan Emma.
Hal tersebut bukan sahaja mengundang kekecohan, malah menyorot perhatian netizen. Menurut pengguna media sosial, kelakukan dan telatah Shariq menerusi video berkenaan itu sangat melucukan.
undefined
Selepas beberapa bulan berlalu, sekali lagi netizen diingatkan pada video berkenaan apabila Emma membuat naik gambar mesra bersama suaminya Muhammad Shazli Azhar di Instagram.
Gambar berkenaan menunjukkan Shazli ‘mengokak’ dagu Emma dan tingkah laku suami pelakon itu ternyata mencuit hati netizen.
“Anak ikut bapak ya kuat gigit.”
“Tau dah mana anak dia dapat tabiat gigit orang… ikut pak dia rupanya.”
“Patut la anak ikot gigit.”
Dalam masa sama, ada juga yang memuji pasangan tersebut sebagai pasangan yang sweet dan romantis.
Emma dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan menyambut kelahiran Shariq pada 8 November 2020.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
#Emma Maembong #Suami Gigit
;