Bait 'Temukan apa arti di balik cerita, Hati ini terasa berbunga-bunga' seakan bait yang paling dekat dengan perasaan untuk bertemu dengan grup terkenal Maliq & D’Essentials. Kali ini tiba giliran grup berasal Jakarta ini ke Kuala Lumpur.

Selepas kejayaan Fabulous Friday: Wings dan Fabulous Friday: Kunto Aji, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects sekali lagi merasakan Maliq & D’ Essentials akan memberikan impak yang sama.

Kata Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, kedua-dua siri Fabulous Friday telah mendapat sokongan positif daripada industri seni tempatan.

"Kami begitu bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap dua siri Fabulous Friday yang terdahulu. Kedua-duanya mencatat jualan tiket tidak sampai setengah jam menandakan sebuah sokongan yang sangat positif terhadap industri seni. Jadi untuk Fabulous Friday ketiga, kami dengan berbesar hati membawakan grup muzik beraliran jazz terkenal dari Indonesia untuk para peminat di Malaysia.

"Muzik yang cukup berkualiti oleh Maliq & D’ Essentials digabungkan dengan ambience berprestij Dewan Filharmonik Kuala Lumpur akan memberikan momen yang menarik buat peminat di Malaysia," ujarnya.

Maliq & D’Essentials yang membawakan konsep dan singkatan dari Music And Live Instrument Quality bakal memberikan para peminat di Malaysia sebuah persembahan yang menenangkan jiwa dan menawarkan momen yang indah.

Grup yang muncul dengan album perdana mereka 1st Maliq & D’Essentials ini akan muncul dalam persembahan berdurasi satu jam setengah dengan diiringi oleh pemuzik yang dibawakan khas dari Indonesia.

Berlokasi di Dewan Filharmonik Kuala Lumpur, rangkaian Fabulous Friday seterusnya membawakan kumpulan yang terkenal dengan lagu Dia, Senja Teduh Pelita, Kangen dan Sampai Kapan beraksi di pentas tersebut pada pukul 8.30 malam.

Tiket-tiket Fabulous Friday: Maliq & D’Essentials akan mula dijual bermula hari Isnin, 22 Ogos bermula
pukul 10 pagi di www.dfp.com.my.

Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM650 (Meet & Greet), RM375 (diamond) dan RM250 (platinum) untuk menikmati malam tersebut.



FABULOUS FRIDAY: MALIQ & D’ ESSENTIALS
Tarikh : 14 Oktober 2022, Jumaat
Venue : Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur
Laman Web : www.shirazprojects.com
Harga tiket : RM650 (Meet & Greet)
: RM375 (Diamond)
: RM250 (Platinum)
Tiket : www.dfp.com.my
Contact : 03 23317007
Info Hotline : 012 2560082
Facebook : shirazprojects
Instagram : shirazprojects
Laman Web : www.shirazprojects.com
Facebook : fabulousfriday
Instagram : fabulousfriday_shw