HIBURAN
Giliran Zarina Anjoulie Pula Dedah Masalah Keluarga, Dakwa Ibu Seorang Narsisistik - “Ada Tak Mak Sendiri Cemburu Dekat Anak?”
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Zarina Anjoulie pula mendakwa ibunya iaitu Norzaini Abdul Hamid atau dikenali sebagai Aunty Aini seorang manusia narsisistik yang cemburukan anak sendiri.
Cerita buruk
Zarina atau mesra disapa sebagai Anju turut mendakwa ibunya gemar menceritakan keburukan dirinya kepada orang lain.
“Ada tak mak sendiri cemburu dekat anak? Semua orang yang datang rumah, dia kutuk aku. Dia suka cerita aib aku. Tapi depan orang dia berlakon dia baik.
“Mak aku ini jenis kalau dia tak suka seseorang, dia akan hasut orang lain untuk tak suka kau, termasuk anak sendiri,” kata Zarina menerusi siaran langsung (live) di IG.
Hubungan ibu & anak
Pelakon berusia 37 tahun ini juga memberitahu ibunya pernah memberi amaran kepadanya supaya menafikan hubungan kekeluargaan antara mereka berdua.
“Dia pernah cakap ‘kau jangan cakap dekat orang yang kau anak aku, kau jangan malukan aku’.
“Dia siap doa ‘Ya Allah Ya Tuhanku, Kau tolonglah miskinkan anak aku, harap-harap dia tak ada rezeki’. Itulah doa dia setiap hari.
“Pernah masa anak aku Matin kecil, dia kata aku ini orang gaji dia. Dia tak bagi Matin panggil aku mama, dia suruh panggil Anju,” ujarnya.
Anak tunggal
Menjawab soalan netizen mengenai alasan dia masih berada di rumah ibunya, Zarina mengakui dia hanya mahu bersama putera tunggalnya yang menetap di situ.
ARTIKEL BERKAITAN: Anju Nafi Dakwaan Dedah Sisi Gelap Saixse Sebab Cinta Ditolak, Mahu Tolong Wanita Teraniaya - “Kau Hanya Bawa Myvi Cabuk, Selebet, Tak Ada Duit”
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie Dedah Sisi ‘Gelap’ Saixse, Dakwa Pernah Tanam Janin Di Tanah Perkuburan - “Saya Bersuara Sebab…”
ARTIKEL BERKAITAN: Zarina Anjoulie Dakwa Saixse Kelentong Duit Untuk Shoot MV - “Saya Benarkan Dia Guna Kad Bank Saya Untuk …”
“Soalan yang bagus. Awak nak tahu kenapa? Sebab anak saya ada dekat sini,” kongsinya.
Bandingkan adik-beradik
Syukur mempunyai keluarga tiri yang baik, dedah Zarina lagi, ibunya juga suka membandingkan dirinya dengan adik-beradiknya yang lain.
“Aku dah maafkan mak aku 10 kali tapi dia buat lagi. Alhamdulillah, aku sujud syukur sebab beri ayah yang sangat baik. Mak tiri aku pun jauh lebih baik daripada mak aku sendiri,” ujarnya.
undefined