Hiburan
Gimik ‘Gender Reveal’ Guna Bunga Api, Lesti Kejora & Rizky Billar Bakal Timang Bayi Perempuan… Adat Siraman 7 Bulanan Curi Perhatian
Pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata perempuan.
Bayi Perempuan
Menerusi sebuah perkongsian video yang dimuat naik aktres Aurelie Hermansyah, dia berkongsi majlis 7 Bulanan Lesti dan Gender Reveal yang diadakan baru-baru ini.
Dalam majlis tersebut, Lesti turut melakukan siraman 7 bulan dari adat Jawa dan mendedahkan jantina bayi keduanya itu.
Siraman merupakan simbol pembersihan diri, baik fizik maupun jiwa. Air siraman sendiri berasal dari 7 sumber.
Acara pecah kelapa turut berlangsung selepas itu.
Berlangsung meriah, acara tersebut turut dihadiri rakan-rakan dan keluarga terdekat pasangan tersebut.
Di hujung acara, tembakan bunga api menjadi gimik mendedahkan jantina anak Lesti dan Rizky.
Untuk rekod, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.