Gimik Model Rebah Di Pentas Runway KLFW Fazura Mirip Dries Van Noten?

Amri Hassan
Ogos 13, 2018 07:36 MYT
Pertujukan fesyen jenama Fazbulous milik aktres jelita Nur Fazura mencuri tumpuan di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini apabila kesemua modelnya rebah di pentas selepas finale.
Bagaimanapun, netizen muncul dengan pelbagai teori dan menyamakan konsep gimik itu seakan-akan sama dengan pereka fesyen antarabangsa, Dries Van Noten.
Dries Van Noten pernah mengadakan pertunjukan fesyen untuk Summer Spring 2015 dengan membuatkan semua model catwalk muncul di pentas dan terduduk sebelum pereka fesyen jenama itu muncul dari belakang pentas.
Fazbulous memperkenalkan koleksi Euphoria dan mencuri tumpuan dengan model berbadan gempal membuka pentas runway pada Sabtu lalu.
Pertunjukan fesyen jenama itu tahun ini rata-ratanya mendapat pujian daripada pengkritik fesyen yang menyifatkan Fazura semakin matang dalam menghasilkan helaian yang berkualiti tinggi.
Euphoria membawakan rekaan, warna dan pemilihan fabrik yang segar dan berani.
Sebagaimana nama koleksi itu, selain bermain dengan warna pop, rekaan yang terdiri daripada blaus, crop top hingga ke sut itu melambangkan keyakinan golongan wanita.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mqproduction, @pepatungmy, carian Google
#Viral #Fazura #Fazura #Viral #Dreis Van Noten #Fazbulous #KLFW