Girl Crush! Potong Rambut Pendek, Aisyah Aziz Makin Hot Dan Cantik

Mya Amri
April 20, 2020 11:55 MYT
Penyanyi Aisyah Aziz menjadi perhatian peminat selepas mengambil keputusan untuk menukar imej baru dengan berambut pendek.
Aisyah yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu muncul dengan penampilan baru baru-baru ini.
Menerusi ruangan komen di akaun Instagramnya, rata-ratanya memuji Aisyah kelihatan semakin cantik dan gaya potongan rambut itu juga bersesuaian dengan penyanyi tersebut.
Penampilan Aisyah juga turut menarik perhatian rakan artis antaranya Indah Ruhaila, Ismail Izzani dan Carmen Soo.
Selain itu Aisyah juga disamakan seperti Tokyo iaitu watak dalam siri popular Netflix berjudul Money Heist.
#Aisyah Aziz