Laman Utama

“Girl Or Boy Pakai Je Lah Baju Kakak”- Lagi 10 Minggu Bersalin, Azrinaz Tak Beli Baju Baby

gempak
Syafiqah Jalal
05/02/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
“Girl Or Boy Pakai Je Lah Baju Kakak”- Lagi 10 Minggu Bersalin, Azrinaz Tak Beli Baju Baby
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim mengakui masih belum membuat persiapan barangan bayi meskipun bakal melahirkan bayinya lebih kurang 10 minggu lagi.
Menurut Azrinaz ia terbatas kerana situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga menyebabkan banyak kedai tutup.
“Satu baju atau barang baby pun tak beli lagi. PKP ni banyak kedai yang tutup. Beli secara alam maya tidak memberikan kepuasan pula,” katanya.
Azrinaz berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bersama perutnya yang sedang sarat hamil anak keempat.
Berbeza dengan anak ketiganya dahulu, Malaykha, Azrinaz memberitahu ketika hamil dia berpeluang ke luarga negara dan memberi barangan baby di sana.
Azrina menjangka bayinya kali ini hanya memakai baju kakaknya sahaja.
“Malaykha dahulu beruntung, ketika saya hamilkannya kami berpeluang pergi banyak tempat untuk beli barangan bayi.
“Rasanya bayi dalam perut ni kena pakai baju kakak dia balik. Girl or boy pakai je lah baju kakak,” katanya berseloroh.
Azrinaz sedang hamil anak kedua hasil perkahwinan keduanya bersama Fairos Khan Abdul Hamid yang berkahwin pada 1 Mei 2018. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Areesya Malaykha, dua tahun.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024