Baru empat hari habis berpantang selepas melahirkan anak keduanya, isteri penyanyi Hafiz Suip, Nureffy Jesreel sudah mula aktif melakukan aktiviti kesukarelawan.
Menurut wakil kumpulan sukarelawan, Addina Ahmade, mereka sudah mengagihkan bantuan keperluan harian kepada Hospital Putrajaya, Persatuan Orang Cacat Miri dan Zoo Melaka.
"Walaupun baru 4 hari habis pantang, Nureffy gigih turun padang dan turut sama membantu kami memberikan sumbangan.
"Sebelum ini, Nureffy hanya menyalurkan dana kepada kami dari rumah tapi selepas habis berpantang dia pun turut sama membantu kami," kata Addina kepada Gempak.
Menariknya, pasukan sukarelawan yang terdiri daripada 5 ahli itu dibarisi oleh golongan wanita sahaja.
"Kami buat atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab membantu sesama kita yang memerlukan.
"Semua ahli pasukan kami perempuan dan tiada kena mengena dengan suami masing-masing," tambahnya.
Fokus mereka kini untuk membantu menyalurkan keperluan kepada pihak Zoo Melaka.
"Mungkin ada yang terlepas pandang Zoo Melaka, jadi kami mengambil inisiatif untuk membantu membelikan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan daging kepada haiwan yang dijaga di sana.
"Bantuan kita lebih kepada bahan mentah dan insya-Allah kami akan ke sana lagi dalam tempoh terdekat," ujarnya.
Pihaknya juga merayu orang ramai agar menghulurkan bantuan untuk membantu pihak dan organisasi seperti Zoo Melaka yang memerlukan ketika ini.
Nureffy yang mendirikan rumah tangga bersama Hafiz sejak 2016 telah selamat melahirkan anak keduanya pada awal Mac lalu.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Amri Hassan
Tue Apr 21 2020
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Sheriff: “Selepas Lebih 10 Filem, Dapat Juga Merasa Trending” - Syafiq Yusof
Alhamdulillah, tahniah Syafiq.
Gaji Penjawat Awam Bakal Naik Lebih 13 Peratus, Tertinggi Dalam Sejarah!
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024. Menurut Anwar, kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini. “Sejarah kenaikan paling tinggi sebelum ini, adalah 13 peratus dan tahun ini saya akan umum