Girl Power! Zayan Anjur Perlawanan Futsal Hijabista Pertama Di Malaysia

Mya Amri
Februari 18, 2019 10:19 MYT
Buat julung kalinya, jenama radio ZAYAN telah mengadakan ‘A Day with Hijabistas’sebagai inisiatif baru sempena Hari Hijab Sedunia (World Hijab Day) 2019.
Acara itu diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara peminat-peminat dan keluarga ZAYAN.
‘A Day with Hijabistas’ juga berniat meningkatkan pemahaman masyarakat tentang tatacara pemakaian hijab selain memberi kesedaran bahawa berhijab bukanlah halangan kepada kaum wanita untuk terus aktif dengan menjalani aktiviti-aktiviti yang cenderung ke arah gaya hidup sihat.
Istimewanya lagi, acara ini juga merangkumi tatatertib pemain-pemain perlawanan futsal persahabatan ini yang menunjukkan tatacara pemakaian hijab yang sempurna.
Malah, peserta-peserta perlawanan futsal ini juga perlu berhijab sepanjang perlawanan.
Acara ini dimeriahkan dengan kehadiran dengan personaliti ZAYAN seperti Lin Ariffin (dari segmen ‘#ZOTD’), Mawi & Anas (dari segmen ‘Salam BROS’), dan Falyq (dari segmen ‘ZAYAN Cafe’).
Personaliti jemputan pula adalah Anna Aljuffrey (radio GEGAR), Nur Affizza Azmi (penyampai berita TV9), manakala selebriti yang turut hadir memeriahkan gelanggang futsal ialah Wani Kayrie, Ekin dan Aenn
Terdahulu, Ppenganjuran 'A Day with Hijabistas' yang berlangsung pada Sabtu lalu ini merupakan tanda peringatan dan penghargaan dari ZAYAN kepada wanita-wanita Muslim berhijab di Malaysia dan luar negara yang tabah berhadapan dengan cabaran atau halangan kerana memilih untuk berhijab.
#Zayan