Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Girlfriend Didakwa Curang Depan Mata, Lelaki Ini Raih Simpati Netizen – “Pedih Weh Tambah-Tambah Depan Mata”

Izwan Isa 05/05/2022 | 23:50 MYT

Seorang lelaki meraih simpati netizen apabila reaksinya yang melihat kekasih kesayangan keluar dengan lelaki lain viral di laman sosial.

Menerusi video yang pada awalnya dimuat naik di platform TikTok itu, seorang lelaki yang difahamkan sedang ‘mengintip’ kekasihnya menerusi sebuah aplikasi di telefon bimbit.
Ketika berada di kawasan yang sama tempat kekasihnya berada, lelaki berkenaan melihat kekasihnya itu keluar daripada sebuah kafe dengan seorang lelaki lain.
Ketika individu berkenaan cuba menghubungi kekasihnya dan bertanya di manakah dia berada, kekasihnya mendakwa dirinya berada di rumah, sedang menunggu sepupu datang beraya.
Sungguhpun individu tersebut bertanya berulang kali keberadaan kekasihnya, wanita itu masih dengan jawapan yang sama, iaitu masih berada di rumah.
Dalam masa sama, jelas kelihatan mata individu tersebut berair, menahan air mata.
Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan respons positif terhadap kesabaran lelaki berkenaan dalam mengendalikan situasi tersebut.
“Respect sebab tak baran. Kalau kena dekat aku, situ juga dah turun. Respect brader ni.”
“Dah berkahwin belum? Kalau belum ucapkanlah Alhamdulillah sebab Allah selamatkan anda. Insya-Allah nanti digantikan dengan lebih baik. Yakin je dengan rancangan Illahi.”
“Hi, saya perempuan nak komen ni. It’s ok bro. You deserve someone better.”
“Bagi aku, tiada kata maaf ya untuk curang. Pedih weh tambah-tambah depan mata.”

#Kekasih #Curang #Kantoi
;