Gisel Kecewa Terlepas Peluang Lakonkan Babak Cium Dengan Nicholas Saputra
Maliah Surip
06/07/2023 02:55 MYT
06/07/2023 02:55 MYT
Penyanyi Gisella Anastasia atau Gisel mengaku kecewa selepas babak berciuman dengan aktor yang menjadi kegilaan ramai, Nicholas Saputra dibatalkan.
Kekecewaan tersebut diluahkan selebriti Indonesia tersebut menerusi potongan video dari VINDES seperti dilaporkan Kompas.
Gisel dan Nicholas terbabit dalam naskhah muzikal arahan sutradara berprolifik Garin Nugroho, Melodrama.
Menurutnya pada awal dilamar berlakon dalam muzikal tersebut dia dimaklumkan akan mempunyai babak cium dengan Nicholas kerana karakternya sebagai wanita yang paling rapat dengan aktor tersebut.
“Selepas ditawarkan bermain dalam muzikal ini saya ditanya nanti kalau ada babak cium macam mana? Saya tak fikir (setuju).
“Tapi selepas penggambaran dimulakan babak cium itu tak ada. Saya tanya pada sutradara ‘Maaf tanya, katanya ada ciumannya (Nicholas) sebelah mana?' Kata Mas Garin, 'tak jadi,'" dedah Gisel lalu tertawa.
Melodrama merupakan filem berkonsep muzikal yang turut dibintangi Widi Mulia, Monita Tahalea, dan Dira Sugandi.