Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gitar Eross SO7 Dibida RM11,000 Untuk Palestin Pada Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick dan Salman Al Jugjawy

Maliah Surip
11/11/2023 15:33 MYT
Gitar milik gitaris Eros Sheila On 7 yang ditandatangani dirinya, Salman dan Opick terjual pada nilai RM11,000 pada lelongan yang dibuat di tengah-tengah Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Opick dan Salman Al Jugjawy di Zepp Kuala Lumpur malam tadi.

BERITA TRENDING: Sifatkan Muzik Seperti Pisau, Bekas Gitaris SO7, Salman Kembali Bermuzik Lepas 17 Tahun Dalami...

Gitar berwarna hitam tersebut dibuka pada harga lelongan RM3,000 sebelum dibida sehingga RM11,000 oleh seorang penonton lelaki bersempena dengan tarikh 11 November 2023.

Kesemua hasil lelongan gitar tersebut akan disalurkan untuk membantu rakan seagama di Palestin.

“Alhamdulillah tidak sia-sia saya membawa gitar ini jauh dari Jogjakarta, terima kasih,” ucap Salman beberapa kali di atas pentas.

Salman Al Jugjawy yang sebelum ini dikenali sebagai Sakti merupakan mantan pemain gitar kumpulan Sheila On 7.

Dia meninggalkan kumpulan tersebut untuk mendalami agama.

Selepas 17 tahun, Salman buat pertama kalinya membuat persembahan dengan mendendangkan lima buah lagu termasuk hit Sephia yang diubah lirik berbentuk ketuhanan.

Pada konsert sama Opick turut menyampaikan lagu-lagu religi yang sangat terkenal termasuk Dealova.

Antara penyanyi Malaysia yang turut menjayakan konsert anjuran Icon Entertainment adalah Fazura, Amir Masdi, Yabang, Zizi Kirana dan kumpulan UNIC.

#Opick #Palestin #Gitar #Bida #Eros Sheila On 7 #Salman Al Jugjawy
;