gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
BTS Umum Comeback Album Penuh, Konsert Jelajah Tahun Depan
BERITA
Astro AWANI Terima Pengiktirafan Sebagai Jenama Berita Malaysia Paling Dipercayai 2025
HIBURAN
Gitaris Ditahan Belasah Jiran
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Gitaris Ditahan Belasah Jiran

Gempak
Gempak
03/07/2025
14:18 MYT
Sponsor Banner
Gitaris Ditahan Belasah Jiran
Komposer yang juga gitaris sebuah kumpulan ditahan polis selepas dipercayai memukul jiran kerana perselisihan faham berkaitan pintu bilik air di sebuah rumah sewa di Pandan Indah, Ampang pada Rabu.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada 30 Jun lalu, apabila mangsa berusia 50-an yang sedang tidur di bilik sewa rumah itu terdengar bunyi bilik air dihempas kuat oleh komposer berkenaan kira-kira 6.30 pagi.
"Mangsa yang tidak berpuas hati keluar dan menghempas semula pintu itu menyebabkan komposer berusia 46 tahun itu yang menyewa di bilik sebelah mangsa keluar semula.
"Mangsa kemudian diserang oleh suspek dengan batang dipercayai pemegang gitar," katanya.
Sumber berkata, akibat kejadian itu mangsa yang bekerja sebagai tukang masak cedera di lengan dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang sebelum tampil membuat laporan polis.
"Susulan itu, polis kemudian menahan suspek semalam," katanya.
Sumber - Harian Metro
Topic Berkaitan
#Gitaris
#Komposer
#Jiran
#Belasah jiran
#Gitaris ditahan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement