Kumpulan pop wanita terdiri daripada empat beradik dikenali yang sebagai The Sara Sisters menyatakan rasa tidak sabar untuk membuat persembahan di acara Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA 2022) yang bakal berlangsung malam ini.

Menurut Sara Jasmin, mereka bersyukur kerana diberi peluang untuk membuat persembahan di pentas besar seperti GMWA2022.


“Kami sebenarnya teruja tapi dalam masa yang sama gementar sebab ini kali pertama kami buat persembahan yang sangat besar iaitu di pentas GMWA2022.

“Kami rasa sangat bertuah sebab bukan senang nak dapat peluang untuk membuat persembahan dan dapat satu pentas dengan ramai artis-artis hebat.

“Nama-nama besar dalam industri pula tu, jadi bagi kami ini adalah satu rezeki,” katanya ketika ditemui Gempak.

Mengulas mengenai persembahan, The Sarah Sisters juga turut berkongsi momen lucu yang berlaku sewaktu sesi latihan.

“Alhamdulillah, masa sesi latihan ini semuanya okay tetapi kami rasa ingin berikan lebih bagus lagi pada acara sebenar yang akan berlangsung sekejap lagi.

“Orang kata bila dah ada pakaian lengkap, solekan dan look yang kita nak, kita akan lebih tonjolkan lagi persembahan.

“Lagi kami bermula dengan beat, tapi disebabkan kami tidak tahu bila ingin masuk dan mulakan, masing-masing jadi was-was.

“Dia jadi teragak-agak seperti eh seorang di depan, seorang di belakang, dah jadi seperti badut pula. Malah semasa sesi latihan ada juga kaki yang ‘terpeleot’.

“Disebakan kami membuat persembahan ini berdama dengan live band, jadi ia agak lain sedikit rentaknya dari lagu biasa,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, kumpulan yanh semakin meningkat naik ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat mereka.

“Kepada peminat Sara Sisters, terima banyak-banyak kerana menyokong kami dari awal pembabitan hingga ke hari ini.

“Jangan lupa saksikan persembahan kami di GMWA2022 hari ini,” ujarnya sambil tersenyum.

The Sara Sisters dianggotai oleh Sara Jasmin, 28, Sara Alia, 23, Sara Aqila, 22, dan Sara Qaleesya, 21.

Terdahulu, The Sara Sisters dikenali dalam kalangan pengguna aplikasi TikTok apabila kebanyakan kandungan dihasilkan mereka sering 'trending' dan menarik perhatian warga maya.

Saksikan Gempak Most Wanted Awards 2022 yang berlangsung hari ini pada jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104), Gempak.com, YouTube dan TikTok Gempak.