Muzik video lagu berjudul Bad nyanyian group girl popular, Dolla berjaya dinobatkan sebagai pemenang kategori Muzik Video Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA 2022).

Kemenangan muzik video Bad pada kategori tersebut sekali gus menewaskan calon lain antaranya Gatal (Janna Nick), Ku Ikhlaskan (Datuk Seri Vida), Satu Malam Di Temasek (Joe Flizzow feat, Sonaone) dan Casablanca (Nuha Bahrin dan Naufal Azrin).

"Thank you so much guys! Kami nak ucap terima kasih kepada GMWA2022 jiga terima kasih kepada semua yang terlibat dalam MV ini terumata Universal Music Malaysia serta paling penting peminat kami!" kata Dolla

Diarahkan oleh Amos Lim, muzik video bagi lagu Bad nyanyian Dolla telah meraih perhatian ramai.

Disebut sebagai salah satu muzik video dengan kualiti persis penyanyi-penyanyi luar negara, Bad kini menerima jumlah tontonan melebihi 4.3 juta sejak ia dilancarkan pada 11 Februari tahun lalu.

Lebih menarik, terdapat kesan yang diterapkan serta tarian lincah, sepadan dengan rentak rancak lagu ini.