,
Laman Utama

#GMWA2022: Fenomena Muzik Yang Hebat! Jom Semak Kenapa Lagu Casablanca, Gatal, Bad Tercalon Kategori Lagu Trending Tergempak!

Shahrin Zulkifle
11/02/2023
06:00 MYT

Hanya tinggal beberapa minggu sahaja anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) bakal berlangsung iaitu pada 26 Februari ini.

Sudah pasti ramai dalam kalangan peminat serta penyokong influencer, content creator dan barisan selebriti yang tercalon sedang giat mengundi pilihan masing-masing bagi memenangi kategori yang dipertandingkan.

Jika sebelum ini Gempak mengimbas senarai Top 5 bagi kategori Muzik Video Tergempak dan dan Video Trending Tergempak, jadi apa kata kali ini kita semak semula senarai Top 5 bagi kategori Lagu Trending Tergempak.

Casablanaca - Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Lagu berjudul Casablanca nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin yang dilancarkan pada 4 Jun 2022 terus menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tanah air sehingga hari ini. Di aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee Good Media, ciptaan lirik oleh Daqmie dan Abdul Karim Al Ali, produser Amir Hufaz, Khairul, Wan Saleh dan Daqmie ini telah mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video yang dihasilkan pengguna laman sosial. Malah lagu tersebut turut berjaya menembusi pasaran Indonesia.

Bad - DOLLA

Kumpulan vokal wanita tempatan yang kian menempa nama, Dolla terus mengorak langkah dalam industri muzik tempatan dengan pengenalan lagu mereka yang berjudul Bad.Karya yang diterbitkan oleh pemuzik Sweden, Ludwig Lindell serta Karl-Oskar 'Cage' ini juga ditulis dan dicipta dalam Bahasa Malaysia serta Inggeris oleh Ludwig Lindell, Karl-Oskar 'Cage', Gummesson, dan bintang hip hop tempatan, Yonnyboii. Lagu ini telah mencipta rekod tersendiri apabila baru sahaja satu jam diluncurkan di YouTube sudah menerima 100,000 tontonan.

Sayunk I Love You - Chombi

Siapa sangka anak kepada komposer terkenal Apak Khalifah iaitu Chombi mampu membuat orang ramai cair apabila mendengar suaranya yang merdu menerusi lagu berjudul Sayunk I Love. Chombi yang sebelum ini pernah berkongsi kepada media bahawa minatnya untuk menyanyi hanyalah sekadar memenuhi masa lapang, namun selepas Sayunk I Love You diluncurkan, ternyata rezeki berpihak kepadanya. Sayunk I Love You ibarah tuah buat penyanyi berusia 16 tahun itu.

Satu Malam Di Temasek - Joe Flizzow

Muzik sememangnya universal dan bahasa yang digunakan dalam sesebuah lagu tidak pernah menjadi penghalang untuk berkongsi intipati sesebuah karya. Begitu juga yang dibuktikan oleh lagu terbaharu nyanyian Joe Flizzow, Satu Malam Di Temasek (SMDT) yang berjaya mencuri perhatian dunia menerusi penghasilan muzik video (MV) yang hebat. Lagu ini menjadi kegemaran pendengar kerana liriknya yang cukup bermakna dan begitu dekat dengan kehidupan sebenar manusia.

Gatal - Janna Nick

Biarpun lebih dikenali sebagai seorang pelakon, namun siapa sangka Janna Nick mampu mencipta fenomena dalam industri muzik apabila lagu nyanyiannya berjudul Gatal menjadi tular dan mendapat penerimaan baik oleh pendengar. Malah lagu ciptaan Aepul Roza itu turut memukau pendengar di negara jiran iaitu Indonesia. Bertambah manis lagi, lagu tersebut turut mendapat perhatian penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu PSY berkongsi sepotong video dirinya melakukan cabaran flexibility dengan menggunakan lagu Gatal.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!

gempak
09/09/2024
15:25 MYT
Dalam semangat menyambut kemerdekaan, Perbadanan Stadium Malaysia dengan kerjasama MND Sport & Event telah menganjurkan Konsert Jiwa Malaysia untuk menyemarakkan semangat cintakan negara melalui hiburan.
Hiburan

Sabronzo Respons Spekulasi Hubungan Dengan Ahli Politik - “Apa Yang Boleh Saya Katakan...”

gempak
08/09/2024
04:55 MYT
Anggota kumpulan popular Dolla, Sabronzo tampil menjelaskan spekulasi mendakwa punyai hubungan dengan ahli politik.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.
Hiburan

Syasya Rizal ‘Like’ Komen Pengikut Teka Sedang Berbadan Dua?

gempak
01/09/2024
01:04 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan bekas ahli kumpulan DOLLA Syasya Rizal.
Hiburan

Amir Ahnaf Memang Minat Dolla! Mohon Maaf Pada Angel, Tak Sangka Kehadiran Di Konsert Cetus Spekulasi - “Dah Anggap Macam Adik"

gempak
08/08/2024
01:25 MYT
Pelakon filem Kahar Kapla High Council, Amir Ahnaf menafikan dakwaan bercinta dengan anggota kumpulan Dolla iaitu Angel.