Gandingan dan keserasian pasangan pelakon Anna Jobling dan Meerqeen menerusi Melur Untuk Firdaus memenangi kategori Drama Trending Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Drama tersebut turut mengalahkan empat calon lain iaitu One Cent Thief, Dendam Seorang Isteri, Suamiku Lelaki Pendosa dan Kau VS Aku.

“Kami hanya mahu berterima kepada peminat, Astro gempak dan Astro,” kata Anna.

Melur Untuk Firdaus antara drama hebat yang menjadi kegilaan ramai sehingga tular ke negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Hampir kesemua babak romantis lakonan mereka menjadi trending dalam media sosial khususnya TikTok malah tidak cukup dengan itu, pelakon utamanya juga terkejut apabila diserbu peminat sebaik tibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Jakarta, Indonesia sebelum ini.

Pelakon: Meerqeen, Anna Jobling, Fimie Don, Nesa Idrus, Haleeda Mazlin, Zainon Ismail, Kuza, Azhar Amir dan Hairi Safwan.