Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi anugerah berprestij Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) bakal berlangsung iaitu pada 26 Februari ini.

Sudah pasti ramai dalam kalangan peminat serta penyokong influencer, content creator dan barisan selebriti yang tercalon sedang giat mengundi pilihan masing-masing bagi memenangi kategori yang dipertandingkan.

Bagi menghangatkan lagi GMWA2022 yang bakal tiba, Gempak senaraikan lima video muzik yang tersenarai dalam Video Muzik Tergempak yang bertanding nanti untuk anda imbau dan ingat kembali video muzik yang pernah menjadi trending!

#1 Gatal – Janna Nick

Sebelum video muzik lagu nyanyian Janna Nick iaitu Gatal ini tular dan trending, lagu berkenaan juga telah menjadi trending di TikTok dan Instagram apabila ramai yang menggunakan sebagai muzik latar content mereka. Namun tidak kurang hebatnya video muzik yang menampilkan Janna sendiri di dalamnya ini. Janna tampil menggoda dan ghairah berganding dengan pelakon Shukri Yahya. Video muzik ini menjadi bualan netizen dan menerima hampir 10 juta tontonan di YouTube sejak setahun yang lalu. Gatal turut mendapat perhatian penyanyi terkenal Korea Selatan iaitu PSY berkongsi sepotong video dirinya melakukan cabaran flexibility dengan menggunakan lagu Gatal. Malah lagu Gatal juga tercalon dalam kategori Lagu Trending Tergempak GMWA 2022!

#2 Casablanca – Naufal & Nuha Bahrin

Sebut sahaja Casablanca pasti ramai terus terngiang-ngiang siulan lagu nyanyian Naufal dan Nuha Bahrin ini. Mana taknya sepanjang tahun lalu lagunya sahaja telah menjadi trending semua platform media sosial. Susulan dari itu, video muzik Casablanca juga menjadi trending di laman YouTube apabila mendapat jumlah tontonan sebanyak 26 juta. Malah video muziknya juga telah diparodikan oleh ramai pempengaruh di media sosial termasuk seorang lelaki yang dilihat sekali imbas serupa dengan wajah dan penampilan Nuha sambil ‘miming’ lagu berkenaan dalam video parodinya. Jadi tidak hairanlah lagu ini sahaja tercalon dalam dua kategori GMWA 2022 iaitu satu lagi adalah Lagu Trending Tergempak

#3 Bad – DOLLA

Kumpulan vokal wanita tempatan, Dolla ini baru sahaja meningkat naik namun penerimaan Malaysia terhadap lagu-lagu mereka sangat baik. Malah Dolla juga tampil dengan konsep berbeza dalam video muzik yang trending pada tahun lalu iaitu Bad. Video muzik Bad menampilkan empat orang ahli Dolla menari dengan bertenaga seiring muzik mereka yang rancak. Video muzik ini telah mencipta rekod tersendiri apabila baru sahaja satu jam diluncurkan di YouTube sudah menerima 100,000 tontonan. Malah kini setelah setahun ia mendapat jumlah lebih 4 juta tontonan! Tidak hairanlah jika Bad juga tecaolon dalam kategori Lagu Trending Tergembar dalam GMWA 2022.

#4 Ku Ikhlaskan – Datuk Seri Vida

Ini bukan pertama kali usahawan Datuk Seri Vida menyanyi dAN melancarkan lagu, namun Ku Ikhlaskan adalah lagu selepas hubungannya dengan usahawan Iqbal putus di tengah jalan.Sebelumnya Vida, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman terlebih dahulu muncul dengan mekap pelik pada program Big Stage 2022 hingga mendapat kecaman dan kritikan dalam kalangan netizen.Bagaimanapun, Vida yang sememangnya kalis kecaman menjelaskan penampilan itu adalah ‘teaser’ bagi video muzik lagu Ku Ikhlaskan. Dalam MV ini Vida beraksi dengan menggantungkan diri malah mendedahkan kos pengahsilan video muziknya bernilai RM400,000. Meskipun mendapat kecaman dengan penampilannya dalam video muzik itu namun ia berjaya menjadi trending dan meraih 3.8 juta tontonan di YouTube.

#5 Satu Malam Di Temasek – Joe Flizzow

Bermula anggota kumpulan rap legenda, Too Phat, Joe Flizzow tidak dinafikan berjaya mencipta nama dan memegang gelaran sebagai penyanyi hip hop nombor satu negara. Joe kembali dengan satu lagi mahakarya berjudul Satu Malam Di Temzikasek. Karya Joe kali ini sarat dengan lirik penuh kiasan dan sindiran, ciptaannya. Karya dicipta, ditulis dan diterbitkan sepenuhnya bersama rakan seperjuangannya, SonaOne itu diharap dapat memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengejar impian dan cita-cita. Bukan sahaja lagu, video muzik Sau Malam Di Temasek juga menjadi trending dengan drama yang penuh tersirat dan memberi pengajaran apabila menunjukkan bagaimana mayat Covid-19 dikebumikan. Video muzik ini menerima banyak tontonan di Youtube iaitu kini sudah mencecah 7.2 juta sejak tujuh bulan lalu.