Tinggal beberapa hari sahaja sebelum tibanya malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) yang bakal berlangsung pada 26 Februari depan.

Pastinya ramai peminat drama serta penyokong influencer, content creator dan barisan selebriti yang tercalon sedang giat mengundi pilihan masing-masing bagi memenangi kategori yang dipertandingkan.

Jika sebelum ini Gempak telah mengimbau kembali beberapa senarai top 5 antaranya Muzik Video Tergempak, Lagu Trending Tergempak dan Selebriti Digital Tergempak.

Apa kata kali ini Gempak kongsikan calon-calon top 5 bagi kategori Personaliti Gamers Tergempak.

Kategori ini merupakan pemain e-game yang popular di Malaysia.

#Yana Samsudin

Diam tak diam kini sudah lebih dua tahun pelakon, Yana Samsudin terlibat dengan dunia streamer atau penstriman permainan video atas talian.

Menjadi antara wanita terawal terbabit dalam dunia eSport, Yana mula menyukai dunia gamers kerana dilihat mencabar dan menyeronokkan.

#Soloz

Soloz atau nama sebenarnya Muhammad Faris Zakaria merupakan bekas pemain profesional bagi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan penstrim popular di Malaysia.

Soloz juga merupakan penstrim pertama di Malaysia yang berjaya mendapat 1,000,000 pengikut di Facebook.

Sebelum ini, Soloz juga pernah bersama pasukan Saiyan, AirAsia Saiyan dan Team Boskurr semasa berada di dalam arena kompetitif MLBB.

Gamers hebat ini juga pernah menyumbang pingat gangsa untuk kontinjen Malaysia semasa Sukan SEA 2019 di Filipina.

Dengan sumbangannya dalam arena e-sukan, Soloz telah menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Negeri Sembilan pada tahun 2022.

Soloz juga pernah meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP ketika bersama MyA.

Soloz juga boleh dikira sebagai OG ataupun pemula bagi tumpuan kepada arena kompetitif Mobile Legends di Malaysia.

#Daddyhood

Daddyhood atau nama sebenarnya Nureddy Nursal juga antara nama besar yang tidak asing lagi dalam arena e-Sukan.

Bagi yang baru mengenali, Daddyhood merupakan pengasas organisasi e-sukan popular tanah air iaitu untuk Team Bosskurr dan HomeBois.

Selain itu, Daddyhood juga telah dinobatkan sebagai Malaysia YouTubrity Award 2021 for Best E-Sports Channel 2021 dan menerima Gold Creator Award daripada Youtube.

Malah Daddyhood juga mendapat pengiktirafan apabila diangkat sebagai Ikon ‘Road to Asian Games’ oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

#Jaa Suzuran

Bermula dengan hanya sekadar suka-suka pada tahun 2018, kini pengacara dan pelakon, Jaa Suzuran semakin aktif serta serius dalam permainan video.

Jaa juga mula aktif melakukan live streaming pada awal tahun 2020 dan dia juga merupakan Pencipta Permainan Facebook Rasmi yang menstrim permainan video.

Antara karyanya adalah menghasilkan jalan cerita untuk Grand Theft Auto Online.

#Kambing Golek

Pemilik gelaran unik Kambing Golek ini merupakan seorang gadis manis yang bertudung dengan nama sebenarnya Azean Abdul Malik.

Bagi mereka yang sememangnya peminat permainan video dalam talian popular, VRChat atau penstriman secara langsung di laman perkongsian video terkenal, YouTube pastinya mengenali Kambing Golek.

Untuk pengetahuan, video penstriman yang dilakukannya pernah mencecah 600,000 tontonan dalam masa yang singkat.

Malah Kambing Golek ini juga dilabelkan sebagai antara lima streamer popular wanita ketika ini oleh portal Thelaki.

Jadi mana satu pilihan anda?

Jangan lupa untuk mengundi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.