Menyajikan konten zaman childhood, pempengaruh Ryan Bakery berjaya memenangi kategori Content Creator Tergempak di malam kemuncak Anugerah Gempak Most Wanted 2022.

Video parodi Ryan juga mengalahkan konten pempengaruh Khairul Aming, Namie SMY, Mek Yun dan Syahmi Sazli.

"Alhamdulilah ini rezeki dari Allah, berkat doa ibu bapa, isteri tercinta, sahabat-sahabat saya serta keluarga besar saya juga pengursan saya dan semua yg menyukai Ryan Bakery! Tak lupa pada Astro Gempak!," kata Ryan

Kalau scroll TikTok, pasti dekat fyp ada video parodi daripada Ryan Bakery dengan zaman childhood yang generasi lahir tahun 80-an dan 90-an yang boleh relate.

Ryan sebelum ini bekerja di lapangan terbang, namun dia telah diberhentikan kerja kerana pandemik.

Namun rezeki tak salah alamat, apabila Ryan mula membuat video content parodi zaman childhood di TikTok.

Ia telah menjadi sumber pendapatannya setelah dirinya bergelar influencer kerana mendapat respon positif daripada netizen.