Gamers terkenal yang dikenali sebagai Kambing Golek berjaya memenangi kategori Personaliti Gamers Tergempak di Anugerah Gempak Most Wanted 2022 (GMWA 2022).

Kemenangan tersebut sekali gus menewaskan empat calon lain iaitu Soloz, Yana Samsudin, Daddyhood dan Jaa Suzuran.

"Maaf Kambing Golek tak dapat hadir cuma dia nak cakap wa kambing forever," wakil Kambing Golek

Pemilik gelaran Kambing Golek ini merupakan seorang gadis manis yang bertudung dengan nama sebenarnya Azean Abdul Malik.

Malah, video penstriman yang dilakukannya pernah mencecah 600,000 tontonan dalam masa yang singkat.

Untuk info, Kambing Golek ini juga dilabelkan sebagai antara lima streamer wanita popular ketika ini oleh Thelaki.