Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

GMWA2023: Danial Kifli Berdebar Bersaing Dengan Aina Abdul - "Kalah Atau Menang Saya Dah ..."

Amri Hassan
16/02/2024 12:00 MYT
Calon juara kategori Lagu/Audio Tergempak 2023 Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA2023), Danial Kifli berdebar dengan senarai pencabarnya.

Bersaing dalam kategori sama bersama Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul), Test Drive (Firdaus Rahmat), Mak Cik Dodoi dan Ayuh (Malique, Kmy Kmo, Aman Ra & Ernie Zakri), Danial mempertaruhkan lagu galau, Pergilah Cinta yang trending di pelbagai platform media sosial.

"Sebagai pendatang baharu sangat berdebar, bila top 5 lagi berdebar sebab ada Aina Abdul, Ernie Zakri, Malique dan Firdaus Rahmat.

"Ini menjadi satu pengalaman sangat bermakna buat saya, kalah atau menang saya dah melangkah ke satu peringkat lebih tinggi dalam karier seni saya.

"Saya tak jangka berada di Top 5, kita struggle kan, sebelum berada di posisi sekarang pun saya gigih buat live malam-malam ajak orang mengundi. Ini rezeki," katanya kepada Gempak.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MeleTOP (@meletop)


Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.

Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.

Acara yang bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.

Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.

#Ernie Zakri #Lagu #Aina Abdul #GMWA #Ayuh #Firdaus Rahmat #Test Drive #GMWA2023 #Danial Kifli