Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GMWA23: Anna Jobling Bersyukur Tercalon 2 Kategori Dalam Gempak Most Wanted Awards 2023

Izwan Isa
17/01/2024 12:55 MYT
Pelakon Anna Jobling menzahirkan rasa syukur atas pencalonan dirinya dalam kategori Selebriti Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23).

Anna ketika dihubungi Gempak berkata, segalanya berlaku atas kerja kuat peminat yang sentiasa menyokong kerjayanya selama ini.

“Anna cuma nak cakap Anna sangat bersyukur bersyukur… Alhamdulillah Anna tercalon untuk tahun ini.

“Sejujurnya Anna memang tak sangka tapi Alhamdulillah sebab fans Anna memang kuat dan fans Anna vote untuk Anna.

“So insya-Allah fans Anna akan teruskan vote untuk Anna. So terima kasih banyak-banyak,” katanya.

Dalam masa sama, Anna tidak meletakkan sebarang harapan terhadap pencalonannya itu, dan menyerahkan segalanya kepada rezeki.

“Harapan Anna kalau rezeki tak ke mana tapi just do my best lah,” katanya ringkas.

Selain kategori Selebriti Tergempak, drama lakonan Anna Jobling Melur Untuk Firdaus 2 turut tercalon menerusi kategori Drama Tergempak.

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.

Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama Gempak Most Wanted 2023.

Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Malam anugerah GMWA23 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA23 Live+.

Bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Sean Lee dan Amelia Henderson, acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K dan akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.

Acara berprestij GMWA23 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA23 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA23, sila layari www. gempak.com.

#Anna Jobling #GMWA23
;