Viral

#GMWA23: Daniel Ajar Ayat ‘Agittew’, Netizen Terhibur Tengok Gelagat Calum Scott Nak Sebut - “Selamba Dia Gula-Gulakan Macam Tu”

Mya Amri
29/02/2024
12:55 MYT
Pengacara, Daniel Cheang mendapat perhatian netizen selepas menemubual secara santai bintang antarabangsa, Calum Scott di karpet merah Gempak Most Wanted Awards 2023 baru-baru ini.
Menerusi video yang tular di TikTok, kelihatan Daniel sedang mengajar Calum untuk menyebut ayat singkatan yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia iaitu “Agittew”, bermaksud oh begitu.
Apa yang melucukan adalah gelajat dan reaksi Calum yang bersungguh-sungguh menyebut ayat tersebut bersama Daniel membuatkan netizen geli hati.
“Ayat ini tak akan membuatkan saya mendapat masalah kan?” tanya Calum dalam nada bergurau.
@heydanielcheang Agitchewww Calum! He’s super sporting and fun! ? #calumscott #calum #fyp #fypシ゚viral #tiktokmalaysia #sembangentertainment #xyzbca ♬ original sound - Daniel Cheang
Dalam pada itu, di ruangan komen pula rata-rata memuji Daniel kerana membuatkan Calum berasa selesa dengan perbualan santai seperti itu.
Antara komen yang diterima adalah:
“Luculah, macam tu je dia gula-gulakan Calum Scott,”
“Hahahaha itu ayat masa nak bergosip tau,”
“Hahahah cutenya Calum, rosak si Calum ni kalau lama-lama duduk Malaysia,”
Terdahulu, Calum hadir ke acara karpet merah bersempena dengan Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung pada Ahad lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pentas Berpusing, Opening Calum Scott, Ini Momen-Momen Indah Konsert Jelajah Asia Ed Sheeran Di KL!

gempak
28/02/2024
09:00 MYT
Penyanyi pop terkenal, Ed Sheeran hiburkan seramai 80,000 peminat sempena konsert Jelajah Asia Matematics +-=x÷ yang bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu lalu.
Terkini

#GMWA2023: Kegagalan Tak Patahkan Semangat Aizat Saha, Lebih Semangat Berkarya! - “Mungkin Ada Rasa Sikit Kecewakan Fans, Cuma…”

gempak
27/02/2024
08:55 MYT
Gagal meraih kemenangan menerusi kategori Video Tergempak Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23), Aizat Saha menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus berusaha pada masa akan datang
Hiburan

#GTheUntoldStory: Wajah-Wajah The Most Wanted #GMWA23!

gempak
27/02/2024
01:59 MYT
Terbaik, terpaling trending sepanjang tahun 2023 menurut undian peminat!
Viral

#GMWA23: “Sebagai Anak Penyu Kami Bangga Dengan Babah!” - Pok Ro Gaming Menang, Peminat Puas Hati

gempak
26/02/2024
14:47 MYT
Tahniah sek Ganu kita.
Hiburan

#GMWA23: “Rasa Macam Peminat Yang Jaga Saya, Mereka Tahu Batas & Jaga Kelakuan” - Khai Bahar

gempak
26/02/2024
12:55 MYT
Khai Bahar terharu sokongan peminat.