,
Hiburan

#GMWA23: Faisal Suhaimi, Farihi Narnia, Forepppp, Linda Said & Rahman Chea Diumum Calon Top 5 Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak

Izwan Isa
17/01/2024
08:15 MYT
Barisan pencipta kandungan Faisal Suhaimi, Farihi Narnia, Forepppp, Linda Said dan Rahman Chea diumumkan sebagai finalis Top 5 Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak, Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23).
Pengumuman itu dibuat menerusi Sidang Media GMWA23 - Pengumuman Calon Top 5 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur sebentar tadi.

Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K dan akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.
Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

GMWA2023: Danial Kifli Berdebar Bersaing Dengan Aina Abdul - "Kalah Atau Menang Saya Dah ..."

gempak
16/02/2024
12:00 MYT
Danial Kifli berdebar dengan senarai pencabarnya.
Peraduan

Cara Mudah Nak Dapatkan Tiket Gempak Most Wanted Awards 2023, Free Jer!

gempak
15/02/2024
09:14 MYT
Gempak Most Wanted Awards 2023 bakal berlangsung pada 25 Februari 2024.
Viral

Masitah Tak Perlu Guna Kerusi Roda Lagi, Dah Boleh Berjalan & Berlari-Lari Anak! - "Rasa Hidup Kena Reset"

gempak
03/02/2024
07:50 MYT
Masitah berkata, dia juga sudah mula mendapat deria bau selepas hampir sembilan bulan kehilangan nikmat itu.
Hiburan

#GMWA23: “Nak Dibandingkan Dengan Ryan Bakery Jauh Bezanya” - Farihi Narnia Tak Sangka Masuk Top 5

gempak
18/01/2024
06:55 MYT
Ryan dan Farihi sebenarnya kawan baik.
Laman Utama

#GMWA2022: Jom Semak Kenapa Video Abang Bomba Hari Merdeka & Adik Curi Frame Awani Tercalon Kategori Video Trending Tergempak!

gempak
14/02/2023
13:00 MYT
Jom undi sekarang!
Unitar