,
Hiburan

#GMWA23: Naim Daniel, Jemblenggg, Mikhail Imaan, Davidvidz3 & Aizat Saha Bersaing Menerusi Kategori Video Tergempak

Izwan Isa
17/01/2024
08:00 MYT
Video-video Free Style Anak-Anak Kudrat (@naimdanielx), Kena Marah Dengan Ayam (@jemblenggg), Kesian Girlfriend Lapar (@mikhailimaan), Nak Makan Tapi Kena Patuk Dengan Ayam (@davidvidz3) dan POV Ex Aizat Saha Tak Boleh Move On (@aiztsaha) diumumkan sebagai finalis top 5 Video Tergempak, Gempak Most Wanted Award 2023 (GMWA23).
Pengumuman itu dibuat menerusi Sidang Media GMWA23 - Pengumuman Calon Top 5 yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur sebentar tadi.

Amelia Henderson dan Sean Lee, selaku hos tetap program mingguan Gempak Most Wanted akan digandingkan bersama Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand. Acara ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K dan akan mengimbas kembali era kebangkitan evolusi digital dari segi fesyen, muzik, dan gaya hidup.
Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Melingkup Sahajalah Tempat Ni, Lantak Orang Nak Kata Apa” - Naim Daniel Bersuara, Kurang Senang Dengan Kes Buli Di UPNM

gempak
12/11/2024
08:55 MYT
Pelakon, Naim Daniel meluahkan rasa kurang senang berhubung kes buli melibatkan seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
Hiburan

Masih Solo, Iman Troye Tak Kisah Netizen ‘Kenenkan’ Dengan Rakan Artis - “Mereka Seperti Abang Saya..”

gempak
30/10/2024
09:55 MYT
Penyanyi Iman Troye mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir netizen mengaitkannya dengan rakan artis seperti Naim Daniel, Zubir Khan atau Ezra Kairo.
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Hiburan

Pernah Dilabel ‘Berwajah Awam’ & ‘Muka Biasa-Biasa’, Aizat Saha Tidak Cepat Melatah

gempak
04/08/2024
09:55 MYT
Pencipta kandungan, Aizat Saha berkongsi mengenai perihal isu buli siber yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Unitar