Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

#GMWA23: Sering Berkongsi Isu Kekeluargaan & Kesedaran Autism, Dr Say Ungguli Digital Content Creator Motivator Tergempak

Mya Amri
25/02/2024 14:05 MYT
Pempengaruh media sosial dan juga pengamal perubatan, Dr Say Shazril dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digital Content Creator Motivator Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.

BERITA TRENDING : Dr Say Shazril Dedah Pendapatan ‘Influencer’ Untuk Sebulan - “It’s Not Just About Followers…”

Dr Say berjaya mendapat undian sebanyak 39.77 peratus sekali gus menewaskan empat finalis lain iaitu Aminahtul Mardiah, Dr Syed Aliff Fauzan, Mashy dan Muhammad Noor.

Dr Say merupakan antara motivator yang aktif berkongsi tentang isu semasa terutamanya mengenai kekeluargaan dan kesedaran autism.

Selain itu, Dr Say juga sering menjawab pertanyaan pengikutnya tentang hal hal yang berkaitan dengan kesihatan.

#Dr. Say Shazril #Gempak Most Wanted Awards #GMWA23