Sungguhpun memiliki jadual kerja yang padat, pelakon Anna Jobling sempat meluangkan masa bertemu dengan peminatnya dalam satu sesi makan malam yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.
Pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu berkata, dia akan cuba mencari waktu yang sesuai bagi meluangkan masa bersama penyokong-penyokongnya bagi bertukar-tukar cerita selain berkongsi perkembangan terkini khususnya melibatkan karier lakonan.
“Mereka merupakan tulang belakang karier saya. Bila ada sahaja acara anugerah yang mencalonkan saya dalam apa-apa kategori, mereka ini yang paling sibuk berkempen”, tutur Anna.
Tambah dramatis berusia 23 tahun itu, sejak awal penglibatan dalam industri hiburan, peminat-peminat setia memberi sokongan yang tidak pernah putus terhadap kariernya sehingga ke hari ini.
“I am so honoured to have them. Tanpa sokongan mereka, saya tidak akan dapat berdiri di kedudukan saya yang sekarang.
“Jadi walau sesibuk mana pun, saya dan pihak pengurusan memang akan curi masa untuk duduk bersama peminat,” tegasnya.
Bercakap mengenai anugerah, pelakon Syurga Itu Bukan Mudah itu menambah, untuk tercalon dalam senarai top 5 menerusi Gempak Most Wanted Awards 2023 yang bakal berlangsung pada 25 Februari depan sudah cukup bermakna untuk dirinya.
Namun kongsi Anna, dia menyerahkan sepenuh tanggungjawab kepada para peminat dan penyokong industri seni tanah air untuk menentukan siapa yang layak memenangi trofi tersebut.
Penerima anugerah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Ke-35 itu menjelaskan, dia akan terus menghasilkan karya yang terbaik bagi para peminat menerusi kaca televisyen selain aktif berkongsi aktiviti-aktiviti di media sosial.
“Saya melihat tahun 2024 sebagai tahun di mana saya mula berkarya dan semangat saya tidak berkurang sedikit pun berbanding tahun-tahun sebelumnya. Kalau ini yang terbaik buat penggemar saya, saya akan teruskan dan tingkatkan lagi prestasi dalam kerjaya”, ujar pelakon itu.
“Saya akan meneruskan semua ini selagi mampu dan beranggapan sebagai pulangan semula kepada semua yang menyokong saya dari hari pertama saya memulakan kerjaya,” kata Anna sambil mengakui rezeki tidak datang bergolek dan sentiasa mengingatkan dirinya untuk terus bersyukur.
Untuk rekod, beberapa karya lakonan Anna akan ditayangkan tidak lama lagi di Indonesia dan Malaysia.
Antaranya, drama bersiri Jendela Hati yang akan ditayangkan di platform Viu dan filem Lembayung, dijadualkan tayang pada sekitar Jun 2024.
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama Gempak Most Wanted 2023.
Selain itu, anugerah Gempak Hall of Fame juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Malam anugerah GMWA23 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.
Acara yang bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA23 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.
Acara berprestij GMWA23 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA23 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini menerusi pautan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.
Izwan Isa
Thu Feb 15 2024
Persembahan Percuma Sebagai ‘Hadiah’ , Henry Moodie Teruja Ada Ramai Peminat Di Malaysia
Penyanyi meningkat naik dari United Kingdom, Henry Moodie berjaya mencapai hasratnya untuk bertemu peminat di negara ini menerusi persembahan yang diadakan di kompleks beli belah Plaza The Exchange TRX, baru-baru ini. Apa yang lebih istimewa apabila pelantun lagu Drunk Text itu sanggup mengadakan persembahan secara percuma semata-mata untuk mend
Bukan Pertaruhan Vokal Semata-Mata, Ini Fakta Menarik Tentang Peserta The Hardest Singing Show!
Bakal memulakan saingan pada konsert pertama, Ahad ini, The Hardest Singing Show mengangkat format pertandingan berbeza dimana peserta akan mempertaruhkan bukan hanya sekadar kualiti nyanyian, namun kreativiti ‘shownmanship’ peserta.
Ubai Syukur Shila Amzah Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Rhea Akira - “Mesti Arwah Mak Happy”
Shila Amzah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Khamis.
Pendaki ‘Tersidai’ Di Tebing Gunung, Pihak Pengelola Tersalah Kira Pengunjung
Para pendaki yang memakai alat keselamatan memanjat telah terperangkap dan tidak boleh bergerak lebih satu jam
Tabiat Minum Minyak Angin, Beri Kebaikan Atau Datangkan Mudarat?
Menelan minyak angin mungkin kedengaran pelik atau meloyakan buat sesetengah orang. Menerusi satu klip video tular di media sosial baru-baru ini, dapat dilihat seorang lelaki meminum minyak angin dan menggosokkan cecair berkenaan di seluruh muka bagi tujuan merawat sakit kepala.
MUA Bellaz Hentikan Pengeluaran Keychain Wajah Anak! - "Kalau Orang Kurang Selesa, Jangan Teruskan"
Jurusolek terkenal Mua Bellaz memutuskan untuk menghentikan pengeluaran produk keychain kartun menggunakan wajah anaknya, Nur Aisywarya Nealofa.
Bella Astillah Enggan Ulas Permohonan Maaf Ruhainies
Bella Astillah memaklumkan dirinya kekal tenang berdepan pelbagai kontroversi yang melanda kehidupannya sekarang.
“Dia Buat Pembedahan Plastik Ke?”- Perkongsian Foto Fathia Latiff Tuai Perhatian Netizen
Wajah pelakon sensasi, Fathia Latiff menjadi buah mulut netizen baru-baru ini apabila dianggap kelihatan sedikit matang berbanding usianya.
The Experts - Satu Rompakan Keluarga Terbesar!
Jom sertai peraduan Heist The Truck dan berpeluang untuk memenangi hadiah sehingga RM 30,000!
Usahawan Dakwa Suami Suka Follow IG Perempuan Seksi, Tiada Usaha Berubah? - "Benda Ni Dah Lama, Gaduh Kat Umrah Pun Fasal ..."
Usahawan jenama pakaian muslimah tempatan yang sedang berbadan dua tampil mendedahkan sikap suaminya yang masih mengikuti akaun Instagram wanita-wanita seksi.