#GMWA23: Terharu Sokongan Pengikut, Rahman Chea Rancang Hasilkan ‘Killer Content’ Menjelang Gempak Most Wanted Awards 2023
Izwan Isa
26/01/2024 15:55 MYT
26/01/2024 15:55 MYT
Pencipta kandungan Rahman Chea menzahirkan rasa terima kasih kepada pengikut laman sosialnya kerana sudi menghabiskan masa mengundi dirinya yang tercalon sebagai Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 (GMWA23) kategori Digital Content Creator (Hiburan) Tergempak.
Rahman berkata, dia kini giat berkempen dan turut merancang untuk menerbitkan kandungan istimewa menjelang malam kemuncak yang bakal berlangsung bulan depan.
“Selepas diumumkan sebagai calon Top 5 GMWA23, saya ada promosikan link undian kepada pengikut. So far, mereka happy dengan berita yang saya tercalon untuk anugerah. Tak sangka mereka support saya.
“Jadi, menjelang malam kemuncak nanti, saya rancang untuk buat sesuatu. Saya boleh sifatkan ia sebagai killer content apabila kita menuju minggu akhir sebelum majlis anugerha berlangsung,” katanya kepada Gempak.
Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari. Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.
Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023. Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.
Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.
Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.
Malam anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.
Acara yang bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+. Acara kemuncak ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.
Acara berprestij GMWA 2023 akan dimeriahkan dengan persembahan daripada DOLLA, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara. Acara kemuncak GMWA 2023 turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.
Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.
Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.