Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#GMWA23: Walkman, Avril Lavigne & Seluar Baggy Antara Kenangan Y2K Hael Husaini - “Rindunya Zaman Tu”

Mya Amri
22/02/2024 09:55 MYT
Bersempena dengan acara Gempak Most Wanted Awards (GMWA 2023) yang bertemakan Y2K, penyanyi Hael Husaini juga tidak ketinggalan mengimbas kembali kenangan zaman 2000an.

Menurut Hael antara kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah penggunaan gajet popular pada zaman tersebut iaitu Walkman.

“Kenangan Y2K saya sudah semestinya walkman dan kaset. Kemudian skuter, speaker besar dan juga fesyen seluar baggy.

“Pada awal 2000 sudah tentunya pada ketika itu zaman zaman emo, jadi lagu yang mesti ada seperti Good Charlotte dan Avril Lavigne,” katanya kepada Gempak.

Ketika ditanya apa yang paling dirindui pada zaman berkenaan, ini jawapan Hael.

“Zaman itu bagi saya antara zaman yang memang paling banyak memberikan nostalgia, paling rindu adalah pada ketika itu tidak ada banyak sangat sosial media.

“Jadi semua orang keluar bersama dan cari jalan untuk berseronok bersama-sama tanpa memberikan fokus terhadap sosial media,” ujarnya tersenyum.

Hael merupakan antara selebriti popular yang akan membuat persembahan di acara berprestij GMWA 2023.

Selain Hael, artis lain yang turut membuat persembahan antaranya DOLLA, Haqiem Rusli, Ayda Jebat, Akim & The Majistret, Aina Abdul, Khai Bahar dan kemunculan istimewa, diva dari Nusantara.

Saksikan malam kemuncak anugerah GMWA 2023 akan berlangsung pada 25 Februari 2024 secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan On Demand.

Acara yang bakal dikendalikan oleh Zizan Razak, Sherry Alhadad, Amelia Henderson dan Sean Lee ini juga boleh ditonton di platform penstriman YouTube, Facebook dan TikTok Astro Gempak menerusi GMWA 2023 Live+.

Acara ini bakal menampilkan konsep Y2K, dengan kehadiran artis-artis ternama dan personaliti media sosial.

Undian Top 5 GMWA23 bermula 17 Januari 2024 sehingga 25 Februari 2024 pukul 12 tengahari.

Anda boleh mengundi 1 kategori dengan 50 kredit undian setiap hari.

Jumlah undian akan dikira bagi menentukan juara bagi setiap kategori, seterusnya dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2023.

Undian boleh dibuat menerusi laman web www.gempakmostwantedawards.com.


Mengekalkan format yang sama seperti tahun sebelumnya, calon yang mendapat undian keseluruhan tertinggi daripada kesemua kategori akan dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama ‘Gempak Most Wanted 2023’.

Selain itu, anugerah ‘Gempak Hall of Fame’ juga diberikan kepada calon yang telah memberi impak yang tinggi kepada masyarakat berdasarkan undian daripada pengguna media sosial dan para peminat.

Acara kemuncak GMWA 2023 juga turut menampilkan segmen Sunsilk Moisture Boom di malam anugerah.

Satu kategori khas diwujudkan dengan nama ‘Anugerah Next Level Rambut Tetap Boom!’, di mana semua peminat berpeluang untuk mengundi kategori ini melalui laman web dan maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi rancangan mingguan Gempak Most Wanted pada bulan Februari kelak.

Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2023, sila layari www. gempak.com.

#Hael Husaini #Kenangan #GMW #GMWA23 #Y2K #GMWA2023
;