GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Amin Abid Tak Sangka Menang Lagi! Sokongan Warganet Buat Mereka Lebih Semangat - "Kami Ingat Orang Dah..."
Pasangan kembar, Amin dan Abid Othman akui terkejut apabila dinobtkan sebagai pemenang anugerah Content Creator (Lifestyle) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024.
Jelas Amin dan Abid, kemenangan ini di luar jangkaan mereka kerana bersaing dengan pencipta kandungan lain yang hebat dalam kategori tersebut.
"Sebenarnya kami dah set awal-awal yang menang adalah Fikri atau Norpadilah sebab diorang hebat tapi alhamdulillqh diberi peluang kedua sekali lagi.
"Sebab saya cakap juga kita dah pegang tahun lepas jadi berilah kepada orang lain pula tapi tak sangka tahun ini masih menjadi rezeki kami," kata Amin ketika ditemui Gempak.
Pada masa yang sama, pasangan kembar yang sering digelar sebagai "Phineas and Ferb" oleh peminat mereka mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mengundi dan menyokong perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan digital.
Menurut Abid, kemenangan ini memberikan mereka lebih banyak dorongan untuk terus menghasilkan kandungan yang bermanfaat kepada pengikut mereka.
"Kami ingat orang dah bosan tapi masih ada orang tengok content kami.
"Anda memberi kami semangat untuk kami buat content yang bermanfaat untuk anda semua," tambah ujar Abid.
Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Malam anugerah berprestij itu dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Pentas GMWA 2024 juga akan diwarnai dengan persembahan hebat daripada Hujan, Diskoria dan Datuk Shiela Majid.
GMWA 2024 telah berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video