GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Bakal Gegarkan Malam Kemuncak, Peminat Menanti Persembahan Sheila Majid, Diskoria & Hujan!
Acara anugerah berprestij, Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024), bakal berlangsung dalam masa kurang seminggu, dan keterujaan peminat semakin memuncak untuk menyaksikan siapa yang akan membawa pulang trofi utama pada tahun ini.
Selain menantikan pemenang kategori-kategori utama, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada barisan penyanyi popular seperti Hael Husaini, Nadeera, Mimi Fly, Naki, Ernie Zakri, dan ramai lagi.
Tidak hanya terhenti di situ, GMWA 2024 turut mengumumkan tiga lagi nama besar yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak, iaitu Hujan, Diskoria, dan Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid.
Pengumuman ini telah mengundang keterujaan ramai, dengan peminat tidak sabar untuk melihat gabungan mantap antara legenda muzik dan bintang-bintang baharu di pentas anugerah ini.
"Excited for Diskoria, payung semua lagu plishhh.
"Diskoriaaaa can’t wait!!.
"Rahsia Tuhan please!!!
"Haruslah payung Rahsia Tuhan en!!!
"Sheila Majid omg! 😍😍😍 Tak sabarnyaaa.
"Omg..!! Dah lama giler tak tengok Sheila Majid live on tv.
"Okay tekaan salah tp lovenya sheila Majid, tknk miss GMW this year mesti gempak," kata netizen.
GMWA 2024 tahun ini tampil dengan tema ‘Flex Your Art’, yang bertujuan untuk menyeru setiap pencipta kandungan digital agar berani menonjolkan keunikan karya mereka melalui pelbagai medium.
Tema ini bukan sahaja meraikan kreativiti, malah memupuk rasa bangga secara positif serta memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk berkongsi hasil seni mereka di peringkat global.
Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan dipancarkan secara eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.