GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Debut Di Anugerah Berprestij, Naki Syukur Kongsi Pentas dengan Ernie Zakri & Sheila Majid
Penyanyi, Naki akui teruja apabila diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada line up persembahan untuk Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024).
Kata Naki, meskipun akan menyampaikan lagu secara medley bersama beberapa penyanyi lain, dia tetap akan berikan terbaik hanya untuk penonton GMWA 2024.
“Perasaan saya untuk dapat buat persembahan di pentas besar anugerah buat pertama kali sangat-sangat gembira dan gementar juga, senang cakap perasaan yang bercampur baur.
“Tapi saya harapa saya boleh buat yang terbaik, meskipun singkat saya akan buat yang terbaik untuk anda semua di GMWA,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu Masa itu juga rasa sangat berbesar hati apabila disatukan bersama dengan barisan penyanyi yang hebat antaranya Ernie Zakri, Hujan, Diskoria, dan Datuk Sheila Majid
“Semalam saya dapat soundcheck bersama Ernie, saya memang tak sangka sebenarnya sebab dulu selalu dapat tengok diorang dekat TV dan sekarang saya dapat share satu pentas bersama dengan mereka macam Datuk Sheila Majid, Diskoria,Najmi, dan Ara Johari saya rasa sangat berbesar hati,” tambahnya.
Selain Naki, malam kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2024 juga akan diwarnai dengan persembahan mantap daripada Ara Johari, Nadeera Zaini, Hael Husaini.
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Must-Watch Video