Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: Dr Say Tewas! Fathi Hussein Rampas Semula Gelaran Digital Creator Motivation & Education Tergempak

Khairil Khusyairi 23/02/2025 | 13:56 MYT
Pempengaruh dan juga guru, Fathi Hussein dinobatkan sebagai penerima Anugerah Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad dengan 61.06 peratus undian.
Fathi atau lebih mesra disapa Sir Fathi merupakan antara motivator yang aktif berkongsi tentang ilmu Matematik menerusi media sosialnya.
Fathi juga dikenali pengajar digelar sebagai ‘SIRpuloh’ yang pernah tular gara-gara mempunyai kemahiran berbeza dan teknik mengajar bagi menyelesaikan subjek matematik.
Pada malam penuh trending itu, Fathi menewaskan empat pencabar lain iaitu Dr Say Shazril, Adzrin Azhar, Muhammad Nor, dan Tun Laila.
Untuk info, Fathi pernah mengungguli kategori sama pada edisi pertama GMWA iaitu pada tahun 2023.
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.
#Pempengaruh #Gempak Most Wanted Awards 2024 #GMWA24 #Digital Creator Motivation & Education Tergempak