GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Gugur Air Mata Aina Abdul Kerana Peminat - "Sebak, Tak Tahu Kenapa…"
Penyanyi, Aina Abdul meluahkan rasa syukur kerana sekali lagi berjaya merangkul Anugerah Audio/Lagu Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024).
Menurut pelantun lagu Puas Sudah itu, kemenangan tersebut bukan miliknya, sebaliknya merupakan hasil sokongan padu peminat yang tidak pernah berhenti mengundi dan menyokong perjalanan seninya.
“Ini adalah anugerah untuk peminat saya, merekalah yang siang malam vote. Saya tak deserve pun anugerah ini ia untuk peminat, terima kasih kerana mengundi saya tak henti-henti.
“Sebakkan, tak tahu kenapa. Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi sokongan mereka ini sampai ke hati saya meskipun saya tak sempat lagi nak berjumpa dengan mereka, jadi saya tengah merancang sesuatu yang sangat fun untuk mereka,”ujarnya.
Sementara itu, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani ini juga kelihatan sebak semasa berbicara soal pengikutnya yang sering memberi sokongan padu kepadanya lebih-lebih lagi dengan situasi semasa yang benar-benar memberi kesan kepada dirinya.
“Kadang-kadang kita menulis kita tak tahu mana Allah nak tunjuk jalannya, mungkin peminat boleh melihat gerak hati disebalik penulisan lagu itu, saya sangat bersyukur kerana mendapat sekumpulan fans yang menyokong saya dan benar-benar membantu untuk menjalani perkara ini.
“Saya hanya nak bagi tahu yang saya okay, cuma sudah hampir seminggu saya tidak keluar luar lagi, saya tak tahu kenapa saya menangis.
“Ianya sokongan yang tak henti-henti daripada peminat, saya rasa saya memendam terlalu lama dan baru sekarang Aina rasa apa yang berlaku sebab saya hanya duduk dirumah dan menelan segalanya.
“Saya tidak mahu tunjukkan sisi saya yang ini, this is like a im giving the tears away from people that pray my downfall, tapi jangan risau saya okay,”
Terdahulu, Aina berjaya merangkul Anugerah Lagu/Audio Tergempak di Gempak Most Wanted Awards 2023 menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu.
Must-Watch Video