Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024

#GMWA24: Hael Husaini & Nadeera Zaini Buka Pentas Dengan Persembahan Istimewa

Asyraf Roslan 23/02/2025 | 07:25 MYT

Penyanyi, Hael Husaini meluahkan rasa teruja untuk membuat persembahan di Malam Kemuncak Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA 2024)

Kata Hael dia tidak pernah lagi diberi peluang untuk membuka sesebuah acara anugerah maka apabila peluang itu datang sudah tentu dia mahu lakukannya.
“Saya tak pernah buat persembahan pembukaan, jadi ini pertama kali saya buat dan banyak jenis lagu yang akan saya nyanyikan bersama Nadeera. Bila diberi peluang sebegini sudah tentu saya mahu lakukannya.
“Kalau ikut saya, menyanyikan lagu yang viral itu agak sukar sebab ia mempunyai identiti yang tersendiri sebab kejap kena jadi ini, kejap kena bunyi itu so kalau nak tahu kena tengok persembahan kami,” kata Hael.
Sementara itu penyanyi, Nadeera Zaini juga meluahkan rasa teruja apabila dapat berkongsi satu pentas bersama Hael Husaini untuk membuat persembahan di malam kemuncak tersebut.
“Saya agak teruja untuk buat persembahan di pentas GMWA 2024 lebih-lebih lagi dapat bergandingan dengan Hael Husaini, guru saya. Jadi saya memang tidak sabar untuk malam ini,” kata Nadeera.
Pada masa sama, Nadeera juga tidak sabar untuk menantikan persembahan daripada Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid.
“Saya juga tak sabar nak tunggu persembahan daripada Datuk Sheila Majid malam ini, sebab saya memang minat dia,” katanya.
Selain Hael dan Nadeera, pentas GMWA 2024 turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.

Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.

Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.

GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.

GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.

#Hael Husaini #Nadeera Zaini #GMWA #2024 #Gempak Most Wanted Awards 2024