GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Jangan Lupa Flex Gaya “Artwear” Anda, Tapi Jangan Crossdress
Kurang daripada 72 jam, Malaysia bakal menyaksikan siapa yang bakal dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted di acara berprestij , Gempak Most Wanted Awards 2024.
Membawa tema Flex Your Art dengan dresscode Artwear sudah pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melaram dan menonjolkan hasil seni menerusi fesyen yang bakal dipamerkan Ahad ini.
Dalam pada itu, kami ingin mengingatkan kepada semua tetamu yang datang agar mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan.
Kerjasama daripada anda semua amat dihargai bagi memastikan majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan sebaiknya.
GMWA 2024 bakal menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Tema ini menjadi platform untuk meraikan nilai dan keistimewaan setiap ciptaan, memupuk rasa bangga secara positif, serta menginspirasi keberanian berkongsi karya di pentas dunia tanpa batasan.
Acara ini mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
Malam anugerah berprestij ini akan dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Pentas GMWA 2024 juga akan diwarnai dengan persembahan hebat daripada Hujan, Diskoria dan Datuk Shiela Majid.
Undian fasa kedua, atau pemenang utama bagi setiap kategori boleh dilakukan di laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com bermula 15 Januari 2025, jam 6 petang sehingga 23 Februari 2025, jam 12 tengah hari. Mengekalkan format yang sama, pemenang setiap kategori akan diumumkan pada malam anugerah GMWA 2024 kelak.
GMWA 2024 bakal berlangsung secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), On Demand, Astro GO dan sooka.
Pakej Astro One kini tersedia dari RM49.99. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya dengan RM139.99/bulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03 9543 3838.
Must-Watch Video