GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
#GMWA24: Kalahkan Meerqeen & Amir Ahnaf, ‘Selebriti Tergempak 2024’ Milik Anna Jobling
Pelakon Anna Jobling dinobatkan sebagai pemenang kategori ‘Selebriti Tergempak 2024’ Anugerah Gempak Most Wanted 2024 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Memiliki jumlah pengikut seramai 1.5 juta di Instagram, Anna yang menerima sebanyak 42.7 peratus menewaskan Amir Ahnaf, Meerqeen, Erysha Emyra dan Scha Elinnea yang berentap untuk kategori sama.
Masih mengekalkan hos tetap program, Amelia Henderson dan Sean Lee, di samping Sherry Alhadad sebagai pengacara.
GMWA 2024 menyinari pentas dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan digital untuk meneroka dan menonjolkan keunikan karya menerusi pelbagai medium.
Malam anugerah berprestij ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis terkenal seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, Nadeera Zaini, Mimi Fly, Insomniacks, Hujan serta wajah-wajah baharu seperti 53 Universe, Naki dan Najmi Niery.
Juga membuat kejutan adalah persembahan seorang diva terkemuka, Datuk Sheila Majid dan band dari Indonesia iaitu Diskoria.